Israel guna gas beracun di Gaza

Sejumlah penduduk berkumpul di sebuah masjid di Gaza sebelum jenazah penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan Tentera Udara Israel dikebumikan baru-baru ini. - AFP
Sejumlah penduduk berkumpul di sebuah masjid di Gaza sebelum jenazah penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan Tentera Udara Israel dikebumikan baru-baru ini. - AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Kementerian Kesihatan di Gaza pada Khamis mengesahkan sejumlah penduduk Palestin terkorban akibat sesak nafas selepas terhidu gas beracun dari bedilan misil-misil Tentera Udara Israel di Genting Gaza.

Menurut agensi berita WAFA, punca kematian sejumlah jenazah yang telah dibawa dan diperiksa oleh pakar-pakar forensik di Kompleks Perubatan al-Shifa, Gaza mendapati kematian itu adalah disebabkan oleh masalah sesak nafas.

Pakar-pakar forensik mendedahkan terdapat simptom-simptom yang menunjukkan sejumlah penduduk Palestin itu terhidu gas beracun.

Rejim Zionis telah melancarkan satu siri serangan udara di Gaza sejak10 Mei lalu bagi menghapuskan sasaran-sasaran pergerakan Hamas di Gaza yang menyebabkan lebih 100 penduduk Palestin terbunuh.

Pada Rabu lalu, Hamas mengesahkan beberapa komandernya terbunuh dalam serangan udara tentera Israel termasuk ketua tenteranya di bandar Gaza, Bassem Issa. - Agensi

Artikel Berkaitan: