Gadis rugi RM5,500 diperdaya 'Doktor Pedro'

Seorang gadis rugi RM5,500 selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai doktor di luar negara. Foto 123RF.
Gambar kecil: Hoo Chang Hook
Seorang gadis rugi RM5,500 selepas terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai doktor di luar negara. Foto 123RF. Gambar kecil: Hoo Chang Hook
A
A
A

JEMPOL - Terperdaya dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor di luar negara, seorang gadis di daerah ini terpaksa 'gigit jari' apabila ditipu sebanyak RM5,500.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa merupakan seorang penuntut berusia 23 tahun.

Beliau berkata, kejadian bermula pada April lalu apabila mangsa berkenalan dengan seorang lelaki di Instagram yang dikenali sebagai Doktor Pedro Pablo mendakwa berasal dari Sepanyol.

"Mangsa berhubung dengan lelaki berkenaan menggunakan aplikasi WhatApps di talian +447451220832. Dia dijanjikan pelbagai hadiah pelbagai jenis seperti MacBook Pro, jam tangan, satu set barangan kecantikan wanita, jambangan bunga, buku nota dan telefon bimbit jenama Apple," katanya di sini pada Jumaat.

Chang Hook berkata, pada 10 Mei lalu. mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa daripada syarikat kurier.

"Individu tersebut meminta mangsa membayar caj penghantaran untuk barangan yang didakwa sangat berat.

"Mangsa kemudian melakukan pemindahan wang melalui CIMB Click sebanyak enam tranksaksi ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM5,500.

"Mangsa bagaimanapun mulai curiga dengan bayaran tersebut dan tersedar dirinya ditipu lalu membuat laporan polis pada Rabu lepas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Chang Hook berkata, tiga kertas siasatan membabitkan kes macau scam dibuka pada Rabu lepas dengan masing-masing mengalami kerugian antara RM1,200 dan RM9,000.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan tidak dikenali,