400 penuntut UMP Pekan terima juadah raya

Nor Azita (tengah) menyampaikan juadah raya kepada Amir Zuhaili di Kampus UMP Pekan pada Jumaat.
Nor Azita (tengah) menyampaikan juadah raya kepada Amir Zuhaili di Kampus UMP Pekan pada Jumaat.
A
A
A

PEKAN - Sebanyak 400 bungkusan kuih raya diagihkan kepada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan yang tidak dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Selain kuih raya, Pejabat Ahli Parlimen Pekan turut memberi ketupat segera bersama kuah kacang dan minuman susu segar.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Nor Azita Abdul Rahman berkata, juadah berkenaan sebagai mengubat kerinduan 400 penuntut di situ yang tidak berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Menurutnya, pihaknya memahami kesayuan hati yang dirasai penuntut apabila terpaksa berhari raya di perantauan.

"Juadah raya ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan penuntut yang terpaksa menyambut Aidilfitri jauh daripada keluarga berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya difahamkan rata-rata mereka kali pertama beraya di asrama bersama rakan-rakan. Kita bersimpati dan membuat keputusan menyediakan juadah raya mendapat persetujuan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak," katanya selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Pewakilan Pelajar MPP) Kampus Pekan, Amir Zuhaili Abdul Karim di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Amir Zuhaili mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pekan yang menyediakan juadah raya berkenaan.

"Kuih raya dan ketupat ini dapat mengubat kerinduan keluarga di kampung, selain menunjukkan pengorbanan kami di sini masih dihargai.

Artikel Berkaitan:

"Kami reda dengan apa yang melanda negara ketika ini. Disebabkan wabak Covid-19, semua aktiviti terpaksa dibatalkan," katanya.