Rakyat Malaysia bersolidariti pertahankan Palestin

Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan rakyat Malaysia menggunakan media sosial bersolidariti menyatakan sokongan mempertahankan Palestin sehingga menjadi 'trending' melambang semangat umat Islam yang bersifat sejagat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, tindakan rakyat Malaysia itu didorong semangat 1 Syawal sebagai ‘Hari Kemenangan’ bagi membela Palestin dan bumi Aqsa daripada terus dirampas dan dihina oleh Israel.

Justeru, beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar turut sama bersolidariti demi keselamatan serta kesejahteraan negara Palestin dan rakyatnya.

"Marilah kita memberikan sokongan padu kepada Palestin, seterusnya mendesak agar Israel menghentikan serangan dan bertanggungjawab terhadap jenayah yang telah dilakukan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sahruddin berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sewajarnya segera campur tangan, sekali gus memberikan kata dua yang tegas dan keras agar dapat menghentikan tindakan terkutuk Israel itu.

"Kekejaman tentera Israel melalui siri serangan udara ini perlu dihentikan segera bagi mengelak berlakunya tindakan balas sehingga akhirnya menyebabkan angka korban terus meningkat.

"Meskipun terus bertindak kejam terhadap rakyat Palestin sehingga kini, ia sama sekali tidak akan mengubah kenyataan mengenai pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin.

Tegas beliau, Malaysia tidak akan berdiam diri dan berpeluk tubuh terhadap kekejaman Israel ke atas Palestin.

Artikel Berkaitan: