SOP Aidilfitri: Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000

Gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri 2021.
Gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri 2021.
A
A
A

SEREMBAN - Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, sebaliknya ia merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai, semalam.

"Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

"Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Gambar tular di Twitter itu memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian.Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: