Top Glove ulangi komitmen kerjasama CBP AS atasi WRO

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Top Glove Corporation Bhd mengulangi komitmen bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) untuk menyelesaikan isu berkaitan perintah tahanan pelepasan (WRO) dan penemuan penggunaan buruh paksa terhadapnya.

Menerusi kenyataan pada Khamis, pembuat sarung tangan itu menjelaskan komitmen tersebut dibuat susulan penahanan oleh CBP AS ke atas 4.68 juta sarung tangan getah yang dihantar ke Kansas City, Missouri.

Menurut Top Glove pihaknya telah menyediakan penyerahan kesemua 11 indikator buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang diperbaiki, seperti yang disahkan oleh perunding antarabangsa bebas berpangkalan di United Kingdom, Impactt Ltd dalam laporannya bertarikh 22 April, 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: CBP AS rampas penghantaran Top Glove RM2.85 juta

CBP AS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, 12 Mei memaklumkan pegawainya di Pelabuhan Kansas City, Missouri menahan 4.68 juta sarung tangan getah bernilai kira-kira US$690,000 (RM2.85 juta) yang dihasilkan oleh anak syarikat Top Glove.

Penahanan itu dilakukan selepas maklumat menunjukkan sarung tangan berkenaan didakwa dihasilkan oleh buruh paksa, jelas pengawal selia itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: