PKPD di dua lokaliti di Sarawak ditamatkan

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti melibatkan dua daerah di Sarawak ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan penamatan PKPD di Rumah Payau Emperan Datuk di Sungai Pinang, daerah Sarikei dan Kampung Sagah di daerah Kuching dibuat setelah tiada kes baharu dilaporkan di lokaliti berkenaan.

Sementara itu, jumlah kes keseluruhan positif Covid-19 di negeri itu meningkat kepada 37,121 setelah 395 kes positif baharu dilaporkan, sementara dua kematian direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 214 kes kematian.

Dua kematian itu melibatkan seorang wanita tempatan berusia 71 tahun di Hospital Sibu dan seorang lelaki tempatan berusia 79 tahun di hospital sama.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengisytiharkan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lilin di daerah Miri dikesan melibatkan penganjuran sambutan hari jadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: