Individu hina Nabi sudah dikenal pasti: Menteri

Muhyiddin ketika bercakap pada sidang media, di sini, hari ini.
Muhyiddin ketika bercakap pada sidang media, di sini, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis sudah mengenal pasti individu yang bertindak menghina agama melalui laman sosial Facebook.

Muhyiddin berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara hari ini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, siasatan sudah dijalankan selepas laporan polis dibuat terhadap individu tersebut.

"Saya dapat maklumat oleh Ketua Polis Negara bahawa individu berkenaan telah dikenal pasti tapi belum dipanggil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Nabi: PDRM digesa ambil tindakan segera

Kes hina Rasulullah: Jaga sensitiviti agama lain

Muhyiddin berkata, siasatan sedang dijalankan polis dan tindakan akan dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi amaran supaya pengguna media sosial mengelakkan daripada menggunakan saluran tersebut untuk membangkitkan perkara-perkara yang boleh dianggap menghina agama, sultan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Saya sedar ini bukan sesuatu yang kecil, dan kita dah maklumkan dahulu bahawa seeloknya mereka yang ada saluran media sosial mengelakkan daripada membangkitkan perkara-perkara yang dianggap penghinaan baik dari sudut agama mahupun raja," katanya.

Tular di laman sosial Facebook baru-baru ini sekeping gambar dimuat naik seorang lelaki berbangsa Cina karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam karikatur terbabit mempamerkan seorang lelaki tua bersama seorang kanak-kanak perempuan yang menggambarkan Rasulullah SAW bersama isterinya, Siti Aisyah.