YKAT lawat AR Badul di IJN

No Image Caption
A
A
A

YAYASAN Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) terus komited menunaikan janji mereka untuk menjaga kebajikan artis tanah air.

Terbaru, YKAT telah melawat pelakon dan pelawak AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Rombongan YKAT yang diwakili Pengerusinya, Datuk DJ Dave, Dato’ Nash, Mr Kanagarajan dan Mr Colin Lionel Edmonds turut menyampaikan sumbangan kepada seniman itu.

No Image Caption

Pada petang Isnin, Badul dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada dan berpeluh-peluh ketika sedang menyiapkan skrip.

Menurut isterinya, Maizatul, Badul diserang penyakit jantung dan kini dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU), IJN. namun berada dalam keadaan stabil.

Tambahnya lagi, doktor juga sudah memasukkan dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah beliau. Pembedahan ini dipanggil angiogram.

Selain itu, YKAT juga telah menziarahi komposer dan pemuzik S. Atan di Hospital Kajang dan pelakon Wafaa, di Institut Kanser Negara pada hari Jumaat lepas.

Artikel Berkaitan: