Bantuan pembayaran balik terus disediakan: ABM

 Peminjam yang memerlukan bantuan digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk merundingkan pilihan bantuan pembayaran balik.
Peminjam yang memerlukan bantuan digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk merundingkan pilihan bantuan pembayaran balik.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mengulangi bahawa bank-bank ahlinya terus menyediakan bantuan pembayaran balik kepada para peminjam yang terjejas seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ia menjelaskan, sehingga 26 Mac, 2021 hampir 1.6 juta permohonan bagi bantuan pembayaran balik telah diterima dan 95 peratus daripadanya telah diluluskan dengan 55 peratus permohonan diluluskan bagi lanjutan penangguhan bayaran balik manakala 45 peratus diluluskan bagi pengurangan ansuran.

ABM dalam kenyataannya pada Rabu berkata, peminjam yang memerlukan bantuan digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk merundingkan pilihan bantuan pembayaran balik, menurut ABM dalam kenyataan pada Rabu.

"Seperti yang dimaklumkan Bank Negara Malaysia, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak terjejas dengan bantuan yang diterima itu bagi baki tempoh 2021.

"Peminjam perlu menghubungi bank mereka menerusi pelbagai saluran termasuk secara dalam talian melalui laman web bank, aplikasi mudah alih bank, panggilan telefon atau berkunjung ke cawangan bank tersebut", jelasnya.

Peminjam yang berhasrat berkunjung ke cawangan bank dinasihatkan menyemak maklumat sekiranya terdapat sebarang perubahan waktu operasi atau pengaturan perkhidmatan di kaunter menerusi laman web bank memandangkan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan semula berikutan pandemik.

Bagi mengakses maklumat untuk menghubungi bank ahli ABM, peminjam boleh melayari laman web ABM di https://www.abm.org.my/assistance-for-eligible-borrowers-affected-by-covid-19.

Peminjam juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di https://services.akpk.org.my/ untuk mendapatkan khidmat nasihat dan meneliti pilihan lain bagi bantuan.

Artikel Berkaitan:

Peminjam turut boleh menghubungi BNMTELELINK di https://telelink.bnm.gov.my/ sekiranya mereka masih mengalami kesukaran selepas sesi rundingan dengan bank mereka. - Bernama