Vierge, Dixon mahu keputusan baik di Litar Le Mans

Foto FB Xavi Vierge
Foto FB Xavi Vierge
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing, Xavi Vierge tidak sabar untuk meneruskan momentum dalam memburu kedudukan podium buat pertama kali musim ini pada perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans, hujung minggu ini.

Pelumba Sepanyol itu berharap dapat mengekalkan momentum selepas menamatkan saingan Moto2 di tempat keenam pada GP Sepanyol di Litar Jerez, 2 Mei lalu, sekali gus menduduki tangga kelapan dalam carta MotoGP Dunia dengan 26 mata.

“Kami benar-benar mahu mencapainya dan saya menyasarkan menduduki dua barisan depan pada permulaan perlumbaan supaya dapat bersaing untuk kedudukan podium,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, rakan sepasukan, Jake Dixon, yang kembali selepas gagal pada perlumbaan GP Sepanyol akibat terbabas semasa sesi pemanas badan, tidak sabar untuk mencapai keputusan yang kukuh di litar sepanjang 4.2km itu.

“Saya rasa sihat dan sudah pulih selepas kemalangan pada GP Sepanyol. Saya tidak sabar untuk bersaing di Le Mans. Saya rasa sasaran kami adalah biasa seperti semua perlumbaan iaitu fokus, tidak mengundang tekanan dan menikmati saingan serta berharap ia akan membawa keputusan baik,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: