X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

PKP: 13 SJR di Kuala Lumpur, Putrajaya esok

Sebanyak 13 sekatan jalan raya diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Aidilfitri pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 sekatan jalan raya akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Aidilfitri pada Khamis susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta larangan rentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, antaranya ialah di Jalan Persekutuan, Lebuhraya Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Jalan Ampang berdekatan Bangunan Risda.

"Hampir 400 pegawai dan anggota akan dikerahkan untuk bertugas," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata, sejak pelaksanaan PKP di Selangor Khamis lepas, sebanyak 1,472 kenderaan yang cuba keluar dan masuk ibu negara telah diarahkan berpatah balik, antara lain kerana tidak mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sejak pelaksanaan PKP, sebanyak 313 kompaun telah dikeluarkan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah tersebut termasuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Beliau berkata, kesesakan akibat sekatan jalan raya tidak dapat dielakkan kerana pihaknya perlu memeriksa satu persatu kenderaan untuk mengelakkan mereka melanggar SOP PKP. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!