X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 11 lokaliti di Sarawak diletakkan di bawah PKPD

Gambar hiasan - Foto Fail Bernama
A
A

KUCHING - Sebanyak 11 lagi lokaliti termasuk enam buah rumah panjang di empat daerah di Sarawak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Rabu.

Lapan daripadanya berkuat kuasa sejak Isnin lepas sehingga 23 Mei ini iaitu Rumah (Rh) Jangi anak Jambai dan Rh Sulu anak Jambai di Sebauh; Flat Sungai Plan di (Bintulu) dan Rh Jeli anak Gaun (Tatau)

Selain itu, Kuarters Pekerja Samling Reforestation, Rh Musa anak Asit dan Rh Gerena anak Pi Local Lodge di Samalaju Industrial Park.

Dua lagi lokaliti iaitu Bandaria Park di Bintulu) dan Kuarters Estet 1 di Ladang Jendela Padu (Sebauh) dikenakan PKPD sejak Selasa lepas sehingga 24 Mei ini, sementara Rh Richard (Sarikei) akan dikuatkuasakan PKPD mulai Khamis hingga 28 Mei.

JPBN turut mengumumkan PKPD di Rh Chan Minggat dan Rh Rampai Sungai Anyit Selangan di Sarikei dilanjutkan mulai Jumaat ini hingga 20 Mei, manakala Rumah Ukan (Julau) dilanjutkan dari Sabtu ini hingga 28 Mei.

Mengenai kes Covid-19 harian, JPBN memaklumkan bahawa sebanyak 405 kes baharu dicatatkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,726 kes, selain satu lagi kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 212 orang.

Dalam kenyataan sama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan tujuh lagi kluster baharu terdiri dari kluster Nanga Skrang di Sri Aman serta Skim Penempatan Stapok, Asia Villa, Jalan Rubber, Konsortium Bumi, Kemas dan SinggahSana Lodge di Kuching. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!