Hampir 2.6 juta pencarum KWSP miliki kurang RM1,000 dalam akaun 1

Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.
Orang ramai beratur di perkarangan Pejabat KWSP Johor hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA- Hampir 2.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 dalam akaun 1.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, data KWSP menunjukkan lebih RM57 bilion dikeluarkan oleh 6.4 juta ahli melalui kemudahan i-Sinar manakala RM20.8 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta ahli melalui i-Lestari.

"Ini jelas dan nyata bahawa rakyat amat terkesan dengan penutupan ekonomi dan terpaksa mengorbankan simpanan mereka sendiri untuk masa depan hanya untuk bertahan hari ini," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Rabu.

Justeru, katanya pembukaan sektor ekonomi ketika PKP 3.0 yang menyediakan peluang pekerjaan diharap dapat membantu golongan berkenaan mengumpul semula simpanan hari tua mereka.

Beliau turut menegaskan penutupan ekonomi secara menyeluruh ketika pelaksanaan PKP 3.0 akan memudaratkan golongan rentan dan mudah terjejas.

Katanya, sekiranya sektor utama seperti perkilangan tidak beroperasi, ia bakal membawa impak berpanjangan dan berlarutan kepada sektor utama ekonomi.

Artikel Berkaitan: