PKP: Kenyataan media PM tiada dalam bahasa Inggeris

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 12 tengah hari Rabu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan media Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam versi bahasa Inggeris seperti tular dalam media sosial.

PMO menegaskan, pihaknya hanya mengeluarkan kenyataan media yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu. Orang ramai diminta menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan merujuk media sosial rasmi Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan maklumat yang sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan: