X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Kerajaan sedia pertimbang pakej rangsangan ekonomi tambahan jika perlu

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi yang baharu secara lebih bersasar sekiranya diperlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, peruntukan pakej rangsangan ekonomi sedia ada termasuk yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2021 adalah mencukupi.

"Apabila kita umumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) semuanya untuk sepanjang tahun.

"Kita lihat semua bantuan-bantuan ini masih lagi berjalan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) baharu sahaja dibayar, Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan dibayar. Jadi pada pendapat kita, apa yang telah diperuntukan buat masa ini adalah mencukupi.

"Namun sekiranya (pakej rangsangan ekonomi bersasar) diperlukan kita akan laksanakan seperti yang kerajaan telah sediakan sebelum ini," katanya pada pada sidang akhbar Kementerian Kewangan Malaysia berhubung PKP 3.0 di sini pada Rabu.

Jelas beliau, sebanyak RM10 bilion daripada RM27 bilion dana pakej rangsangan ekonomi menangani pandemik Covid-19 bagi 2021 telah dibelanjakan sehingga April.

"Sebanyak RM17 bilion lagi bakal dibelanjakan dalam masa terdekat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!