1,472 kenderaan cuba rentas daerah diarah patah balik

Sebanyak 313 kompaun turut dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Sebanyak 313 kompaun turut dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,472 kenderaan yang cuba rentas daerah diarah berpatah balik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Selangor pada 6 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 313 kompaun turut dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

"Kesesakan akibat sekatan jalan raya (SJR) ini tidak dapat dielakkan kerana kita perlu memeriksa setiap kenderaan bagi mengelakkan mereka ingkar arahan PKP.

"Kita juga akan menambah jumlah SJR selain memfokuskan kepada lokaliti Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

Mengulas berkenaan laluan tikus di Selangor, beliau memaklumkan jumlah laluan itu banyak berikutan negeri ini dengan ibu negara adalah berdekatan.

Jelas Arjunaidi, pelaksanaan SJR bergerak akan diimplementasikan di lorong-lorong tikus yang telah dikenal pasti

"Kepatuhan SOP wajib untuk kepentingan bersama dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 348 anggota Polis Selangor telah dijangkiti Covid-19 dengan ketika ini 36 daripadanya sedang dikuarantin dan tujuh menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: