X

Kindly register in order to view this article
!

Harga petrol, diesel kekal mulai esok sehingga 19 Mei

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel, masing-masing kekal RM2.05, RM2.60 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok sehingga 19 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” menurut kementerian itu pada Rabu.

Sungguhpun begitu harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!