Dakwaan salah guna kuasa pegawai kanan polis negeri disiasat

Zamri Yahya
Zamri Yahya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanan tinggi polis di sebuah negeri berhubung dakwaan salah laku dan salah guna kuasa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan dibuat berikutan beberapa aduan dilakukan terhadap pegawai kanan polis itu.

“JIPS telah memulakan siasatan secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa olehnya,” kata Zamri dalam kenyataan pada Rabu.

Zamri berkata, PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai itu menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di negeri berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: