JIPS siasat dakwaan salah laku pegawai kanan polis di Sarawak

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman siasat dakwaan salah laku pegawai kanan polis di Sarawak. - Foto 123RF
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman siasat dakwaan salah laku pegawai kanan polis di Sarawak. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan salah laku yang mengaitkan seorang pegawai kanan polis di Sarawak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan salah laku guna kuasa pegawai kanan terbabit.

"JIPS telah memulakan siasatan ke atas semua aduan yang diterima secara menyeluruh dan telus.

"Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan yang menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa pegawai kanan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Artikel Berkaitan: