Penunggang basikal elektrik maut langgar lori

Seorang warga emas maut selepas basikal elektrik yang ditunggangnya melanggar bahagian sisi kanan sebuah lori di Kilometer 125 Jalan Johor Bahru-Melaka, Batu Pahat pada Selasa.
Seorang warga emas maut selepas basikal elektrik yang ditunggangnya melanggar bahagian sisi kanan sebuah lori di Kilometer 125 Jalan Johor Bahru-Melaka, Batu Pahat pada Selasa.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang warga emas maut manakala rakannya cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 125 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pada jam 8.45 malam, Ho Hee Kiong, 66, bersama seorang rakan yang belum dikenal pasti identiti menunggang basikal elektrik di kawasan itu.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku semasa Hee Kiong keluar dari simpang Jalan Sena menghala ke Tanjong Laboh dan melanggar bahagian sisi kanan sebuah lori di jalan utama dari arah Batu Pahat ke Tanjung Laboh yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 56 tahun.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dalaman badan.

"Mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, penggunaan basikal elektrik di jalan raya hendaklah mematuhi undang-undang di bawah Kaedah 42 LN 166/59 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM2,000 jika melakukan kesalahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: