Tip penjagaan kucing selepas pemandulan

No Image Caption
A
A
A

Tahukah anda pemandulan kucing atau neuter membawa kebaikan pada haiwan kesayangan anda. Kajian menunjukkan bahawa kucing yang telah dimandulkan cenderung untuk lebih sihat dan hidup lebih lama.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan dan diberi perhatian oleh penjaga haiwan kesayangan selepas kucing dimandulkan.

Berikut adalah beberapa tip penjagaan kucing selepas pemandulan.

Pengambilan makanan

- Sediakan sedikit makanan selepas pembedahan dan sambung semula ke jumlah biasa pada keesokan harinya, mengikut rujukan jumlah makanan harian yang terdapat pada pek makanan haiwan masing-masing.

- Berikan makanan yang bersesuaian dan khas untuk kucing yang telah dimandulkan. Varian ini selalunya boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan.

- Sebaiknya ubah diet kucing anda secara beransur-ansur untuk mereka menyesuaikan diri dengan makanan baharu

Artikel Berkaitan:

- Adalah normal jika kucing tidak makan dengan segera tetapi jika mereka tidak makan dan minum secara normal dalam tempoh 48 jam selepas pembedahan, anda perlu berjumpa doktor haiwan dengan segera.

Pantau tapak luka pembedahan

- Perhatikan jika berlaku pembengkakan, perubahan warna, atau perkumuhan. Rujuk doktor haiwan dengan segera.

- Pantau kucing anda secara kerap untuk mengelakkannya menjilat tapak pembedahan kerana ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

No Image Caption

Rehat yang mencukupi selepas pembedahan

- Jaga kucing anda di dalam rumah dan biarkan mereka berehat sekurang-kurangnya seminggu.

- Terlalu banyak pergerakan seperti menaiki tangga, melompat atau bermain secara agresif boleh melambatkan proses penyembuhan.

Tabiat buang air kecil dan besar

- Sebaiknya gunakan pasir kucing yang diperbuat daripada kertas untuk mengurangkan risiko jangkitan pada tapak pembedahan sepanjang tempoh pemulihan.

- Pemilik haiwan peliharaan harus rajin mengganti pasir kucing untuk menggalakkan penggunaan tandas oleh haiwan anda.

Sediakan ruang rehat yang selesa

- Sekiranya kucing tidak mempunyai tempat tidur, cubalah melapisi kotak dengan bantal lembut atau selimut.

- Pastikan tempat tidur berada di tempat yang rendah untuk mengelakkan kucing anda daripada melompat secara berlebihan.

Tips ini dibawakan oleh Royal Canin Malaysia.

Royal Canin mencadangkan untuk berikan FHN Sterilised kepada si bulus, nutrisi sihat khas untuk kucing dewasa yang telah dimandulkan. Ianya terdapat dalam bentuk makanan kering dan basah mengikut kesukaan kucing kesayangan.