X

Kindly register in order to view this article
!

Tutup ketirisan, bukan naikkan cukai dosa

Firdaos Rosli
A
A

KUALA LUMPUR - Sebelum seluruh negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini, terdapat begitu banyak kekeliruan berkaitan prosedur standard operasi (SOP) serta kebimbangan bagaimana PKP terbaharu ini bakal memberi impak ke atas ekonomi.

Pada Persidangan Cukai Malaysia 2021: Bersama Membina Semula Ekonomi baru-baru ini, Firdaos Rosli dari Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) memberi pandangan cukup tajam semasa perbincangan panel bahawa perlunya ketelusan lebih luas dari segi polisi-polisi daripada kerajaan berkaitan SOP Covid-19 yang kerap berubah-ubah.

Diberatkan lagi dengan Parlimen masih digantung mengikut perintah Darurat, faktor-faktor ini boleh menjejaskan keyakinan pasaran dan prospek pemulihan jangka panjang Malaysia.

Untuk usaha pemulihan ekonomi, Firdaos menyarankan wujud keperluan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Namun beliau menekankan kepentingan memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan betul, daripada sekadar menumpu kepada potensi perolehan yang GST akan berikan.

Firdaos berkata, wujud keperluan untuk menangani ekonomi gelap negara ini yang besar apabila menyentuh mengenai percukaian, terutama 'cukai dosa' atau sin taxes.

Cukai dosa adalah cukai eksais secara khusus dikenakan pada barang-barang tertentu yang dianggap berbahaya bagi masyarakat dan individu, misalnya alkohol dan tembakau, gula-gula, ubat-ubatan, minuman ringan, makanan segera, kopi, gula, perjudian, dan pornografi.

Katanya, ramai orang mencadangkan supaya cukai dosa dinaikkan, dengan anggapan pihak Kastam Diraja Malaysia melaksanakan tugas mereka pada kapasiti maksimum.

"Sejauh ekonomi gelap dan cukai dosa rokok, adalah masih terlalu awal untuk kita membincangkan sebarang kenaikan di dalam cukai dosa tanpa menyebut di dalam perbincangan sama mengenai kaedah mempertingkatkan keupayaan agensi penguatkuasaan kita," katanya.

Firdaos mengulas bahawa menghentikan perdagangan haram adalah sama pentingnya daripada sekadar meningkatkan kadar cukai yang akan membebankan rakyat.

Beliau berkata, akhirnya nanti kita mesti faham bahawa tujuan menaikkan cukai dosa adalah untuk mempengaruhi tingkah laku.

“Sama ada kita suka atau tidak, sebarang kenaikan harga tidak akan merubah tingkah laku tetapi akan mempengaruhi pengguna untuk beralih kepada produk tidak sah yang mudah diperoleh di pasaran. Percukaian adalah jalan sehala. Sekali anda menaikkannya, anda tidak boleh menurunkannya," katanya.

Beliau berkata, telah pun dilaporkan di media massa bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar penerobosan rokok seludup di dunia.

“Menutup ketirisan tersebut adalah sama penting, jika tidak lebih penting daripada meningkatkan kadar cukai semata-mata,” kata Firdaos.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!