Dua ditahan bantu siasatan kes tipu peniaga kosmetik

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita dan lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan terhadap seorang peniaga kosmetik di sini sehingga kerugian lebih RM18,000.

Suspek berusia 41 dan 30 tahun itu ditahan secara berasingan sekitar bandar Kuantan pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan penahanan suspek itu, polis menemui dan merampas gelang emas, tiga telefon bimbit, pasport dan cebisan kain pelbagai saiz.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selamat empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

"Tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat peniaga wanita berusia 25 tahun pada Selasa, mendakwa menjadi mangsa penipuan oleh kenalan yang membantunya mendapatkan khidmat bomoh untuk menyelesaikan masalah perniagaan.

"Mangsa turut mendakwa dia menurut semua kata-kata wanita itu termasuk menyerahkan barang kemas dan wang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas wanita itu cuba mengugutnya dengan menghantar gambar santau melalui WhatsApp setelah dia meminta kembali wang dan barang kemas miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ejen bomoh' perdaya peniaga wanita RM18,350

Artikel Berkaitan: