Gempa bermagnitud 5.8 gegar Filipina

Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Mindoro, Filipina pada Rabu.
Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Mindoro, Filipina pada Rabu.
A
A
A

MANILA - Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Mindoro pada Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), lapor Agensi Berita Xinhua.

Gegaran berlaku jam 9.09 pagi waktu tempatan pada kedalaman 110 kilometer (km), kira-kira 11 km di timur laut bandar Abra De Ilog, wilayah Occidental Mindoro, barat Pulau Mindoro.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Metro Manila namun, tiada kerosakan dilaporkan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: