X

Kindly register in order to view this article
!

Kapten kapal maut nahas di LPT2

Nahas kira-kira jam 5.22 petang itu dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki mangsa terlanggar aliran air ketika hujan. Foto Awani
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang kapten kapal sebuah syarikat swasta maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan di Kilometer 384 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang Selasa.

Nahas kira-kira jam 5.22 petang itu dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki mangsa terlanggar aliran air ketika hujan.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Mohamed Najib Muhammd Kutty, 33, maut di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit di tempat duduk penumpang.

Ketika kejadian mangsa bersama rakannya yang memandu kereta jenis Maserati Levante S dikatakan dari arah Besut menghala ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu rakannya itu dikatakan terlanggar aliran air sewaktu hujan lebat sebelum kereta berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah lori penunda.

Impak daripada rempuhan itu juga menyebabkan lori berkenaan terhumban ke dalam gaung.

Ekoran kejadian itu juga pemandu kereta yang berusia 33 tahun itu cedera parah manakala pemandu dan penumpang lori cedera ringan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu.

Rakan mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!