Masjid Al-Ulum Wattoiyibah perlu dana

Model Masjid Al-Ulum Wattoiyibah memerlukan dana sumbangan sebanyak RM21.7 juta lagi.
Model Masjid Al-Ulum Wattoiyibah memerlukan dana sumbangan sebanyak RM21.7 juta lagi.
A
A
A

MASJID Al-Ulum Wattoiyibah bakal dibina di kawasan berdekatan Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat bagi menampung keperluan masyarakat Islam di kawasan sekitar Pantai Remis, Perak termasuk memudahkan pembelajaran pelajar tahfiz di madrasah berkenaan.

Masjid ini telah mendapat kelulusan untuk pembinaannya daripada Jabatan Agama Islam Perak pada tahun 2016 dan berlokasi di Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis iaitu bersebelahan dengan tapak madrasah.

Bakal dibina di atas tanah berkeluasan 1.69 hektar, masjid ini akan beroperasi 24 jam khusus untuk program keagamaan seperti pengajian al-quran dan kitab, kursus haji dan umrah, aktiviti ibadah pada bulan puasa dan banyak lagi, bagi memenuhi permintaan 17,000 orang penduduk pekan dan kampung sekitar.

Tapak Masjid Al-Ulum Wattoiyibah yang masih dalam pembinaan.
Tapak Masjid Al-Ulum Wattoiyibah yang masih dalam pembinaan.

Baru dimulakan pembinaannya pada tahun 2020, diharapkan masjid ini siap dan sedia untuk digunakan pada hujung 2022.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Mohd Safian Abdul Rahman berkata, setakat ini dana dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan korporat ialah sebanyak RM4.3 juta. Namun masjid masih memerlukan dana sebanyak RM20.7 juta.

Menurutnya, kerja-kerja fasa pertama berjalan lancar sebelum ini dan fasa kedua pula dijadualkan pada tahun ini sekiranya tiada sebarang kekangan.

“Kami berharap masyarakat Islam dapat bantu untuk memberi sumbangan dana masjid ini seberapa segera bagi kegunaan penduduk dan pelajar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pelajar Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat sedang mengikuti sesi pembelajaran.
Pelajar Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat sedang mengikuti sesi pembelajaran.

Sementara itu, Mudir Madrasah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman berkata, selain membolehkan masyarakat setempat menunaikan ibadah fardu serta menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan sepanjang hari, masjid itu juga akan menjadi pusat aktiviti Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat yang melahirkan generasi huffaz yang akan terus menyuburkan qalam ALLAH selama-lamanya.

Masjid Al Ulum Wattoiyibah boleh memuatkan hampir 5,000 jemaah dan bakal dilengkapi kemudahan kepada jemaah serta pelajar madrasah.

Antara kemudahan yang dirancang dalam pelan pembinaan bagunan itu ialah dewan solat, dewan madrasah, bilik mesyuarat, bilik jenazah, tandas, bazar dan kelas madrasah.Lebih 100 pelajar

Di peringkat awal, Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat hanya mempunyai dua pelajar tetapi kini meningkat kepada lebih 100 orang.

Dari segi pembelajaran, ia tidak hanya fokus kepada penghafazan Quran tetapi turut menumpukan pembelajaran kitab.

Madrasah itu diasaskan oleh Abdul Rahman Zakaria dan Salmiah Hasan pada Januari 2013 dan kini diuruskan sepenuhnya Ustaz Maulana Jalaluddin yang juga imam berpengalaman selama 17 tahun serta penceramah jemputan di pelbagai negara termasuk di United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Australia. Madrasah Darul Ulum Wal Qiraat turut menyediakan Pengajian Tahfiz Al-Quran sepenuh masa sebagai teras pengajian yang memfokuskan kepada penghafalan al-Quran beserta Tajwid dan Qiraat.

Maulana Jalaluddin
Maulana Jalaluddin

Pengajian Kitab Turath juga disediakan sebagai menyambung usaha ulama silam menyampaikan ilmu bermanfaat serta penting dalam membentuk kehidupan sosioagama masyarakat Islam.

Sebarang bentuk sumbangan atau infaq untuk pembinaan Masjid Al-Ulum Wattoiyibah boleh disalurkan melalui:Tabung Pembangunan Masjid Al-Ulum Wattoiyibah - 5581 8106 1053 (Maybank)

Laman web https://masjidalulumwattoiyibah.com.

Hadir sendiri ke Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, di alamat No 324, Jalan Pantai Remis, Kg Tebuk Yan 2 di Pantai Remis, Perak.

Hubungi Ustaz Maulana Jalaluddin di talian 013-774 5568 atau Ustaz Mohd Safian (012-602 9655).

Mohd Safian
Mohd Safian