Pelaburan luar Malaysia catat aset bersih RM106.4 bilion

Kedudukan pelaburan DIA merekodkan nilai lebih tinggi sebanyak RM539.8 bilion berbanding RM518.8 bilion pada suku tahun lepas.
Kedudukan pelaburan DIA merekodkan nilai lebih tinggi sebanyak RM539.8 bilion berbanding RM518.8 bilion pada suku tahun lepas.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Malaysia mencatatkan kedudukan aset bersih lebih tinggi RM106.4 bilion berbanding RM67.5 bilion pada suku tahun keempat (ST4) lepas, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

“Jumlah aset kewangan meningkat kepada RM2,020.1 bilion manakala jumlah liabiliti bernilai RM1,913.7 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedudukan pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan nilai lebih tinggi RM539.8 bilion berbanding RM518.8 bilion pada suku tahun lepas.

Jelasnya, pelaburan berkenaan melibatkan aktiviti kewangan sebanyak 43.6 peratus, perlombongan dan pengkuarian (13.6 peratus) dan Pertanian (9.2 peratus).

“Pada akhir Suku Tahun Pertama (ST1) 2021, kedudukan DIA didominasi rantau Asia dengan nilai kumulatif RM281.7 bilion yang mana Singapura (21.1 peratus) dan Indonesia (9.2 peratus) kekal sebagai destinasi utama DIA,” katanya.

Sementara itu, katanya, kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia juga meningkat kepada RM713.4 bilion daripada RM698.8 bilion pada suku tahun sebelumnya.

“Sektor Pembuatan merupakan penyumbang terbesar dengan sumbangan 39.3 peratus, diikuti aktiviti kewangan (24.3 peratus) serta perdagangan borong dan runcit (6.2 peratus).

Dr Mohd Uzir berkata, Rantau Asia memegang kedudukan FDI terbesar dengan jumlah RM389.9 bilion (54.6 peratus), terutamanya dari Singapura (21.8 peratus), Hong Kong (12.2 peratus) dan Japan (10.9 peratus).

Artikel Berkaitan: