Selamat bertugas KPN

Abdul Hamid (kiri) dan Acryl Sani selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada 3 Mei lalu. - Foto Fail Bernama
Abdul Hamid (kiri) dan Acryl Sani selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada 3 Mei lalu. - Foto Fail Bernama
A
A
A

AWANG nak ucapkan tahniah pada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.

Kata orang putih nak pakai sepatu mantan KPN sebelum ini bukan mudah.

Tan Sri Abdul Hamid Bador ada reputasi sebagai orang yang berintegriti, tegas, berani dan cakap terus terang. Beliau nak pulihkan imej PDRM.

Awang percaya sebagai orang yang bekerja di bawah Abdul Hamid, KPN yang baharu tentu faham perjuangan bosnya dulu.

Kita tak harapkan beliau jadi Abdul Hamid. Kita mahu beliau tonjolkan dirinya sendiri. Tentu masing-masing ada stail dan cara tersendiri.

Mungkin cara KPN sebelum ini lebih ‘confrontational’. Mungkin KPN baharu ambil pendekatan lain. Kita tak tahu kualiti seseorang sehingga dia diberi kuasa dan tanggungjawab.

Awang cuma harap mana-mana kerja baik KPN lama dalam soal nak baiki imej dan perangi rasuah dalam KPN patut diteruskan. Orang ramai akan sokong apa sahaja langkah itu.

Orang ramai juga mahu PDRM jadi pasukan yang bebas dan bukan ditunggang oleh mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Rakyat tak mahu dalam PDRM ada kartel, ada kem atau didalangi oleh pemimpin tertentu atau digunakan oleh mana-mana pihak.

Awang doakan yang terbaik buat KPN baharu.

Berikanlah beliau sedikit masa untuk menentukan hala tuju pimpinan beliau.

Awang percaya beliau dah bersedia.