Polis siasat kes pukul budak

Seorang lelaki diambil keterangan selepas video dia memukul seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial sejak semalam.
Seorang lelaki diambil keterangan selepas video dia memukul seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial sejak semalam.
A
A
A

TAIPING - Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang kanak-kanak lelaki dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki berusia 60-an dilihat beberapa kali memukul belakang kanak-kanak terbabit dalam kejadian di rumah kanak-kanak, di sini.

Difahamkan, lelaki berkenaan memarahi kanak-kanak tersebut kerana dia dipercayai telah melekatkan gula-gula getah pada kenderaannya jenis Toyota Vios.

Lelaki terbabit memarahi seorang penghuni Rumah Kanak-Kanak Taiping dipercayai melekatkan gula-gula getah pada kenderaannya.
Lelaki terbabit memarahi seorang penghuni Rumah Kanak-Kanak Taiping dipercayai melekatkan gula-gula getah pada kenderaannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan kira-kira jam 8.30 malam daripada orang awam.

"Pengadu tidak berpuas hati kerana merasakan perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan," katanya.

Menurutnya, suspek telah dipanggil untuk diambil keterangannya hari ini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Lelaki terbabit berjaya dikesan menerusi nombor pendaftaran kenderaan. Kes disiasat mengikut seksyen 323 kanun keseksaan kerana menyebabkan kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: