X

Kindly register in order to view this article
!

Penutupan Parlimen wajar bagi mengekang Covid-19

Khidir Jamil
A
A

SHAH ALAM - Penutupan Parlimen wajar dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 terhadap ahli Parlimen yang dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19.

Exco Armada Selangor, Khidir Jamil berkata, perkara tersebut mengambil kira kehadiran ramai individu yang berpotensi membawa virus Covid-19 tersebut ketika sidang Parlimen berlangsung.

“Ini kerana kita mengambil kira selain daripada 222 ahli Parlimen dan tambah sedikit kita juga mempunyai penjawat awam yang bertugas di kawasan Parlimen.

“Mereka juga terbahagi kepada dua, secara langsung dan secara tidak langsung, yang secara langsung ini mereka yang bertugas sebagai pentadbiran dalam Parlimen itu.

“Anggaran 400 hingga 500 penjawat awam yang bertugas dan jika Parlimen dibuka, kita juga ada petugas secara tidak langsung dan anggaran petugas hampir 1,000 orang,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke 225 bertajuk Parlimen Ditutup, Banyak Isu Rakyat Terpinggir? pada Selasa.

Program tersebut turut disertai Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Koordinator Penyelidik Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid.

Sementara itu, Khidir berkata, keputusan kerajaan dalam setiap pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) telah dibuat dengan terperinci dan dibincang bersama.

“Apabila mendapat pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara yang diumumkan baru-baru ini, merupakan signal bahawa kerajaan mengambil perhatian yang khusus terhadap keselamatan rakyat dan bukan tindakan ‘flip-flop’.

“Tetapi wajar dilakukan kepada rakyat bahawa amat berbahaya jika kita terus berkeliaran dan bebas di luar sana.

“Dan jika kerajaan berdiam diri dan rakyat bebas untuk memuaskan hati, saya rasa keputusan tersebut akan memakan diri,” ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!