X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Thailand catat 1,919 kes baharu, 31 kematian

Jumlah keseluruhan jangkitan di Thailand 86,924 dan 452 kematian setakat ini. - Foto 123RF
A
A

BANGKOK - Thailand melaporkan 1,919 kes Covid-19 baharu dan 31 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu 86,924 dan 452 kematian setakat ini.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, daripada 1,919 kes baharu, 1,902 adalah jangkitan tempatan dan 17 kes import.

"Sehingga kini, sejumlah 29,435 pesakit masih dirawat di hospital termasuk 1,207 dalam keadaan serius dan 390 menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini pada Selasa.

Taweesin berkata, kematian baharu itu termasuk 16 wanita dan 15 lelaki berusia antara 34 hingga 94 tahun. Dua daripadanya adalah warga asing, masing-masing dari Ukraine dan Perancis.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengatakan kabinet hari ini meluluskan projek bernilai 45 bilion baht untuk merangsang ekonomi tempatan. Namun, beliau tidak memperincikannya.

Bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan terbaharu, kerajaan Thailand minggu lalu meluluskan pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai 255 bilion baht. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!