X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Kelindan lori maut, pemandu parah

Keadaan lori yang membawa muatan ikan segar terbalik di KM31, CSR menghala ke Sungai Merapoh, Lipis pada petang Selasa. - Foto ihsan polis
A
A

LIPIS - Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera parah apabila lori dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 31, Central Spinal Road (CSR) menghala ke Sungai Merapoh sebelum susur Aur Gading, di sini pada Selasa.

Kemalangan kira-kira jam 3 petang itu membabitkan lori jenis Hino yang membawa muatan ikan segar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Zulkefli Ismail, 48, beralamat di Taman Indera Sempurna, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu iaitu Muhammad Najib Hamdan, 23, beralamat di Felda Chini Timur 3, Pekan cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Pemandu lori dipercayai mengantuk menyebabkan lori terbabas ke kiri jalan dan terbalik.  - Foto ihsan polis
Pemandu lori dipercayai mengantuk menyebabkan lori terbabas ke kiri jalan dan terbalik. - Foto ihsan polis

"Lori terbabit membawa muatan ikan segar untuk dihantar dari Kuantan ke Tunas Manja, Gua Musang, Kelantan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu lori mengantuk menyebabkan lori terbabas ke kiri jalan dan terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, kelindan lori maut akibat tercampak keluar manakala pemandu cedera parah dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lipis.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!