Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021," katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: