X

Kindly register in order to view this article
!

PKP WP: Masjid, surau dibenarkan beroperasi dengan jemaah terhad

Mohd Ajib Ismail
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan ketetapan baharu bagi bilangan jemaah solat fardu, solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan aktiviti keagamaan di masjid serta surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang berkuat kuasa mulai Rabu.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan tersebut dibuat susulan pengumuman terkini oleh pihak kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, bilangan jemaah untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidilfitri dibenarkan tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi kapasiti kurang daripada 1,000 jemaah, dengan penjarakan 1.5 meter di masjid kariah atau surau masing-masing.

Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Hashim mengimamkan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tinjauan di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama
Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Hashim mengimamkan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tinjauan di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama

“Takbir hari raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 10 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa atau pegawai masjid sehingga jam 10 malam.

“Bagi jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, majlis jamuan hari raya, aktiviti ziarah kubur, kuliah dan tazkirah secara bersemuka adalah tidak dibenarkan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Pada Jumaat, Jawi menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa solat Jumaat, fardu, tarawih dan Aidilfitri dibenarkan diadakan mengikut kapasiti masjid, surau Jumaat atau surau untuk ahli kariah sahaja dengan penjarakan 1.5 meter.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!