Pemuda UMNO tuntut kerajaan laksana moratorium

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan bagi mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa sebarang caj tambahan dan keuntungan terakru.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tiada gunanya proklamasi darurat jika tidak dimanfaatkan demi kepentingan rakyat dan membiarkan pihak tertentu mengambil kesempatan ke atas kesempitan rakyat.

“Sejak semalam (Isnin) kami menerima banyak permintaan dan maklum balas orang ramai agar bank-bank dan institusi kewangan dapat memberikan moratorium sekurang-kurangnya tiga bulan mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) yang diisytihar kerajaan.

“Ramai yang mengadu susah dan makin tertekan dengan hambatan ekonomi kian meruncing lantaran pengurangan pendapatan mendadak akibat PKP yang mengehadkan pergerakan dan membantutkan usaha memulihkan perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin memaklumkan bahawa PKP dilaksanakan di seluruh negara susulan kes harian positif Covid-19 menunjukkan trend peningkatan.

Beliau berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan 11 pelaksanaan PKP bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak ada satu pun bank atau institusi kewangan yang mengalami kerugian dan jauh sekali muflis akibat penawaran moratorium ketika PKP kali pertama dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: