Sheng Tai International, KenTeam meterai perjanjian

Dari kanan; Sir Ley; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Justin Lim; Pegawai Kewangan Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Datuk Azmi Hussain pada majlis menandatangani perjanjian antara Sheng Tai International dan KenTeam.
Dari kanan; Sir Ley; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Justin Lim; Pegawai Kewangan Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Datuk Azmi Hussain pada majlis menandatangani perjanjian antara Sheng Tai International dan KenTeam.
A
A
A

MELAKA - Sheng Tai International Sdn Bhd, pemaju hartanah yang memenangi anugerah, dan KenTeam International Sdn Bhd, syarikat pengilang sarung tangan lateks dan nitril utama di Malaysia, memeterai memorandum perjanjian (MoA) bersejarah dengan matlamat menjadikan The Sail Melaka sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab bebas cukai.

Bahagian pertama MoA merangkumi kerjasama Sheng Tai International dengan KenTeam untuk membuka Outlet Premium di The Sail Melaka serta memohon status Bebas Cukai untuk Fasa Kedua The Sail Melaka – dataran kebudayaan dan Fasa 3 – jutaan kaki persegi ruang membeli-belah.

Sementara bahagian kedua MoA pula merangkumi KenTeam melabur ke atas tiga menara The Sail Melaka, dengan setiap menawar mengandungi 61 tingkat.

Berukuran keseluruhannya 1.2 juta kaki persegi, tiga menara tersebut, masing-masingnya akan berubah menjadi pusat kewangan antarabangsa, hab kesejahteraan kesihatan dan hab teknologi maklumat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut menghadiri majlis menandatangani perjanjian tersebut selain memberi sokongan kepada pusat kewangan antarabangsa dan hab bebas cukai yang bakal dibina.

Mewakili Sheng Tai International pada majlis tersebut dan pertukaran dokumen ialah Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International,

Datuk Leong Sir Ley, manakala KenTeam pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Justin Lim.

Sir Ley berkata, mereka amat teruja untuk menjalin kolaborasi dengan KenTeam bagi membina Fasa 2 The Sail Melaka dan Fasa 3 menjadi zon bebas cukai.

Artikel Berkaitan:

Sebagai tambahan, katanya, pelaburan KenTeam ke atas tiga menara The Sail Melaka pastinya menjadikan ia sebuah bangunan ikonik dan bangunan utama di rantau ini apabila siap kelak.

Sir Ley (tengah) dan Justin Lim menandatangani MoA yang disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri).
Sir Ley (tengah) dan Justin Lim menandatangani MoA yang disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri).

"Kami yakin mampu menarik lebih banyak pelaburan ke dalam The Sail Melaka dan ia seterusnya akan mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan masyarakat sekitar.

"Pandemik Covid-19 telah memberikan banyak paluan seperti Melaka kerana pelabur dan jenama antarabangsa berhasrat untuk melabur di situ. Bagi dua bangunan Shen Tai International di Melaka, Metrasquare and The Sail, kami telah berjaya menarik jenama seperti IWG, Memorigin dan FashionTV yang mahu meluaskan lagi perniagaan mereka di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Justin pula berkata, syarikatnya amat mengalu-alukan perkongsian dengan Sheng Tai International bagi menjadikan The Sail Melaka sebagai zon bebas cukai dan hab yang ikonik.

"Walaupun perniagaan kami tertumpu kepada lateks dan sarung tangan nitrile, kami sentiasa terbuka untuk meneroka peluang-peluang baru bersama syarikat sealiran seperti Sheng Tai International,” katanya.

The Sail Melaka merupakan pembangunan bercampur bernilai RM6.5 bilion terletak di Kota Laksamana di bawah Taman Eko Perniagaan Tengah M-WEZ atau Melaka Waterfront Economic Zone.

Dibina secara konsep globalisasi, The Sail Melaka memaparkan sembilan menara, dengan setiap menara mengandungi 61 tingkat. Ia mengandungi lebih daripada 3,259 unit kondotel mewah; tiga menara hotel 5 dan 6 bintang setinggi 61 tingkat berjumlah 2,584 unit; sebanyak 1,215 unit suite bisnes selain 36,2938 kaki kebudayaan per segi yang menempatkan 65 unit kedai mengadap Selat Melaka.

Kemudahan unik pembangunan bercampur ini termasuk `sky ring’ 500m menghubungkan sembilan menara; 4,090 meter persegi pusat pameran dan konvensyen; Taman Udara bercahaya; begitu juga The Moon, pusat pengalaman berbentuk elliptical 360 darjah.

Ia juga mengandungi restoran antarabangsa bertema angkasa; satu daripada sky rings terpanjang; taman angkasa; satu daripada kolam mandi pada bumbung terpanjang di rantau ini; satu daripada bangunan berlapik tertinggi dengan setiap satunya mengandungi 61 tingkat; pusat konvensyen paling eksklusif dan paling penting, struktur menyambung kesemua 9 menara tertinggi itu.

Fasa 1 The Sail dijadual disiapkan pada suku keempat 2021.