India catat sekitar 330,000 jangkitan baharu Covid-19

329,942 kes baharu didaftarkan di India dalam tempoh 24 jam.
329,942 kes baharu didaftarkan di India dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah mangsa Covid-19 India meningkat kepada 22,992,517 orang pada Selasa setelah 329,942 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir, manakala kes aktif turun buat pertama kalinya sejak beberapa minggu lepas, kata Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, 3,876 kematian berkaitan Covid-19 berlaku sejak pagi Isnin menjadikan jumlah keseluruhan korban 249,992, lapor Agensi Berita Xinhua.

Masih terdapat 3,715,221 kes aktif di negara ini, turun 30,016 berbanding hari sebelumnya. Di seluruh negara, 19,027,304 pesakit telah pulih setakat ini dan dibenarkan pulang dari hospital.

Meskipun angka Covid-19 terus memuncak di negara ini, kerajaan menolak untuk melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya. Beberapa negeri telah melaksanakan perintah berkurung waktu malam atau penutupan separuh, sementara ibu negara Delhi telah melaksanakan sekatan ketiga berturut-turut hingga 17 Mei.

Setakat ini, lebih 172 juta dos vaksinasi telah diberikan di India sejak negara itu memulakan usaha vaksinasi di seluruh negara pada Januari. Fasa ketiga vaksinasi untuk penduduk berumur 18 tahun ke atas bermula pada 1 Mei.

Sehingga Isnin, lebih 305 juta saringan Covid-19 telah dilakukan di seluruh negara, dengan 1,850,110 saringan dilakukan pada Isnin sahaja, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: