X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Covid-19: 91 pelajar UMK pilih ‘beraya’ di kampus

Noor Azizi (tengah) menyampaikan sumbangan biskut raya kepada wakil media yang hadir di pejabat NSTP Kota Bharu pada Selasa.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Seramai 91 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memilih untuk ‘beraya’ di kampus sementara 1,282 lagi pulang ke kampung halaman masing-masing.

Naib Canselor UMK, Profesor Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, pelajar yang tidak pulang ke kampung tetap akan diraikan melalui penyediaan juadah hari raya pada hari raya pertama dan kedua.

Menurutnya, rata-rata pelajar berkenaan memilih untuk tidak pulang ke kampung kerana berdepan pelbagai kekangan terutamanya mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Ada juga di antara pelajar yang tidak mahu pulang sebab tidak mahu merisikokan diri dengan penularan Covid-19 dan sebagainya.

“Untuk yang pulang ke kampung, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tunggu keputusan pihak kementerian untuk menentukan bila mereka akan mula kembali ke kampus.

“Jika diikutkan jadual, pelajar sepatutnya balik secara berperingkat, namun kita tunggu makluman lanjut nanti,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau hadir menyampaikan sumbangan biskut raya kepada Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) di pejabat NSTP Kota Bharu, di sini.

Mengulas lanjut Noor Azizi berkata, sekiranya pelajar dibenarkan pulang mengikut jadual yang ditetapkan, maka proses kuarantin tetap akan dijalankan seperti biasa.

Katanya, apa yang penting, pelajar yang pulang ke kampung tidak mendedahkan diri dengan persekitaran luar yang membolehkan mereka dijangkiti dan sebagainya.

“Kita sudah pesan banyak kali, sampai mereka hendak naik bas pun kami pesan lagi. Jaga keselamatan, jaga prosedur operasi standard (SOP), duduk rumah dengan keluarga, jangan merayau dengan kawan-kawan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!