Contengan 'kerajaan gagal' cemar Sungai Melaka

Tular gambar panel iklan di Sungai Melaka yang dicemari perbuatan vandalisme.
Tular gambar panel iklan di Sungai Melaka yang dicemari perbuatan vandalisme.
A
A
A

MELAKA - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) kesal apabila panel iklan di sekitar Sungai Melaka menjadi mangsa vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tindakan mereka yang melakukan perbuatan itu dipercayai bermotifkan politik apabila mencoteng dengan perkataan 'Kerajaan Gagal' menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, insiden yang berlaku tidak boleh dipandang remeh sekali gus mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

"Kita harap tindakan tegas diambil kepada pelaku memandangkan isu vandalisme bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan semua pihak.

Beberapa pekerja MBMB sedang mengecat semula panel iklan di sekitar Sungai Melaka.
Beberapa pekerja MBMB sedang mengecat semula panel iklan di sekitar Sungai Melaka.

"Kita akan siasat dan jika tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Murad berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan menggerakkan pasukan ‘Emergency Response Team’ (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang akan melakukan pemantauan dengan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati MBMB telah mengambil tindakan drastik mengecat semula contengan vandalisme itu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan panel iklan PPSPM yang telah dicat semula selepas dicemari dengan perbuatan vandalisme.
Keadaan panel iklan PPSPM yang telah dicat semula selepas dicemari dengan perbuatan vandalisme.