Kerajaan perlu tetapkan pendirian untuk akhiri Covid-19

Fauzi (tiga dari kiri) menyerahkan barangan keperluan harian yang disumbangkan Pemuda Umno Cawangan Mount Austin, pada Isnin.
Fauzi (tiga dari kiri) menyerahkan barangan keperluan harian yang disumbangkan Pemuda Umno Cawangan Mount Austin, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Bahagian Tebrau mahu kerajaan membuat satu keputusan yang tetap dan secara holistik agar wabak Covid-19 di negara ini dapat diakhiri dengan segera.

Ketua Pemudanya, Fauzi Faizal berkata, banyak keputusan yang dibuat kerajaan dalam menangani pandemik berkenaan terutamanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang selalu berubah-ubah dan mengelirukan rakyat.

Jelasnya, akibat tindakan dan keputusan kerajaan yang tidak tetap itu menyebabkan penularan wabak Covid-19 semakin hari semakin meningkat.

"Pemuda UMNO Tebrau melihat usaha kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 ini banyak lopang dan kelemahan dek keputusan kerajaan yang selalu berubah atau tunggang terbalik.

"Kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian secara holistik seperti jika mahu melaksanakan PKP biarlah ia secara menyeluruh, kekal dan 'once for all'.

"Kami percaya jika dari awal lagi kerajaan menguatkuasakan PKP seperti PKP 1.0 dulu, wabak Covid-19 di negara ini dapat ditangani lebih awal," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Syawal peringkat bahagian Tebrau, pada Isnin.

Pada majlis itu, seramai 96 keluarga menerima sumbanngan barangan keperluan harian untuk membantu mereka mengadakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Khamis ini.

Dalam pada itu, Fauzi berkata, jika kerajaan terus membuat PKP 'separuh masak' sambil bila-bila pun penularan virus Covid-19 tidak dapat dibendung kerana ramai terdedah kepada risiko apabila kawalan pengerakan rakyat tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika kerajaan mahu melaksanakan PKP 4.0, biarlah melibatkan semua sektor dan lapisan rakyat untuk sekali pusingan sahaja.

"Kerajaan kena buat macam PKP 1.0 sebelum ini dengan mengarahkan rakyat berada di rumah untuk satu tempoh sahaja dan cuma sektor berkepentingan sahaja boleh beroperasi.

"Kami percaya jika semua orang tinggal di rumah untuk tempoh 20 hari atau sebulan, penularan wabak dapat ditangani dengan lebih berkesan. Selepas semua keadaan berada dalam peringkat minimal, maka sektor ekonomi akan dapat kembali berkembang dengan rancak tanpa banyak halangan lagi," katanya.