Kehadiran KSN di Majlis PUSPANITA timbul persoalan langgar SOP

Hantaran Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali
Hantaran Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Majlis Salam Raya Aidilfitri PUSPANITA Kebangsaan yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN) mencetuskan persoalan mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan pada Isnin.

Perkara itu timbul selepas Tan Sri Mohd Zuki Ali didapati memuatnaik gambar kehadiran beliau pada majlis yang berlangsung di Putrajaya itu menerusi laman Facebook rasminya.

Dalam hantaran tersebut, beliau berkata, kehadirannya pada majlis tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan raya kepada ahli PUSPANITA.

“Pagi ini saya meluangkan masa menghadiri Majlis Salam Raya Aidilfitri PUSPANITA Kebangsaan dan menyampaikan sumbangan raya kepada ahli PUSPANITA di Puspanitapuri yang turut dihadiri Puan Sri Norizam Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli PUSPANITA,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan perketat PKP seluruh negara

Pada Isnin, susulan kes harian positif Covid-19 menunjukkan trend peningkatan, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

PKP3.0 menetapkan bahawa semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis rasmi kerajaan dan swasta adalah dilarang.

Artikel Berkaitan: