Aidilfitri: Polis akan periksa rumah ke rumah

Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP​) itu akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan. Foto fail.
Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP​) itu akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan. Foto fail.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya akan menjalankan pemantauan termasuk pemeriksaan rumah ke rumah ketika Aidilfitri ini bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP​) itu akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan.

"Saya ingatkan kepada warga Petaling Jaya agar tiada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan.

"Pihak polis akan menjalankan pemantauan serta pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Rabu.

Menurutnya, ketika ini terdapat lapan pasukan pemantau khas yang telah ditubuhkan.

"Kita mempunyai lapan pasukan bagi menjalankan pemantauan SOP dan dari hari ke hari sememangnya penguatkuasaan kita akan sentiasa perketatkan.

"Selepas ini tiada lagi amaran dan sekiranya terdapat pelanggaran SOP, pihak polis akan terus mengambil tindakan kompaun," katanya.

Artikel Berkaitan: