X

Kindly register in order to view this article
!

Celcom luaskan capaian kepada B40

IDHAM
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) terus meluaskan capaiannya melibatkan komuniti B40 dengan tawaran pelan prabayar dan pascabayar yang mampu dimiliki melalui Jaringan Prihatin Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi berkata, Celcom berbangga untuk turut serta dalam inisiatif Jaringan Prihatin oleh kerajaan bagi merapatkan jurang digital serta menyokong rakyat Malaysia dengan akses digital yang mampu dimiliki.

Menurutnya, inisiatif berkenaan sejajar dengan usaha Celcom yang berterusan selama 33 tahun dalam menyediakan kesalinghubungan yang inklusif kepada semua masyarakat melalui liputan rangkaian terluas.

“Kepentingan bagi kesalinghubungan digital telah dipercepatkan dengan pandemik yang meningkatkan trafik data di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan teknologi digital untuk menjalani kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Idham berkata, melalui tawaran eksklusif Jaringan Prihatin Celcom, Celcom mengalu-alukan semua rakyat Malaysia sama ada pelanggan prabayar dan pascabayar yang baharu mahupun sedia ada untuk menikmati peranti 4G percuma dengan tawaran nilai dan penjimatan hebat bagi kesalinghubungan digital.

“Bersama kerajaan dan industri, tawaran Jaringan Prihatin Celcom merupakan peluang terbaik untuk komuniti B40 bertukar daripada peranti 3G kepada 4G bagi membolehkan merela menikmati pengalaman digital yang lebih baik melalui liputan rangkaian terluas Celcom,” katanya.

Beliau berkata, Celcom turut menawarkan rakyat Malaysia dengan penjimatan dan nilai terhebat berserta pilihan peranti percuma yang luas, akses internet tanpa had dan rebat tambahan sehingga RM360.

“Tawaran Jaringan Prihatin Celcom memberikan rebat sebanyak RM60 bagi pelanggan prabayar dan pascabayar sebagai tambahan kepada program Bantuan Prihatin Rakyat oleh kerajaan yang memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah yang layak dan RM180 kepada individu yang layak.

“Program Jaringan Prihatin Celcom yang disokong dengan liputan rangkaian terluas Celcom akan membolehkan semua rakyat Malaysia untuk terhubung secara digital dengan peranti 4G yang baharu serta akses internet tanpa had, sesuai untuk semua gaya hidup digital,” katanya.

Idham berkata, pelan pascabayar Celcom XP Lite yang ditawarkan dengan harga mampu milik RM38 sebulan, membolehkan isi rumah yang layak untuk menikmati sebuah telefon pintar 4G percuma bersama kuota internet 8GB, tambahan kuota internet 60GB percuma selama 12 bulan, panggilan tanpa had serta akses internet tanpa had untuk aplikasi YouTube, Facebook, Instagram, WeChat dan WhatsApp.

“Untuk lebih banyak pilihan telefon pintar dan rebat sehingga RM360, pelanggan boleh menaiktaraf kepada pelan Celcom XP Lite L hanya pada RM58 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai tambahan, pelan prabayar Celcom Xpax yang mampu dimiliki pada RM20 sebulan turut menawarkan isi rumah yang layak dengan telefon Nokia C2 4G percuma berserta akses internet tanpa had dan panggilan tanpa had.

“Kedua-dua pelanggan Celcom Xpax dengan pelan internet prabayar RM20 yang juga isi rumah dan individu yang layak boleh menikmati rebat sebanyak RM5 berserta tambahan rebat bulanan berjumlah RM60 untuk setahun selagi talian mereka kekal aktif,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!