Pemandu lori didakwa bunuh Che Janiah

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Badrul Hisham dari Bukit Payong, Marang didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, antara jam 9.30 malam pada 16 April 2021 hingga 7.15 pagi, 17 April 2021 di Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayyim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Identiti mayat tersebut kemudian dikenal pasti milik Che Janiah yang pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN 'Naluri kami kuat mengatakan mayat terbakar itu ibu'

Artikel Berkaitan: