X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Ringgit susut berbanding dolar AS

A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan pada Selasa menjelang pengumuman mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama 2021.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan itu rendah kepada 4.1100/1160 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 sewaktu ditutup Isnin.

Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management Stephen Innes berkata, unit tempatan dibuka rendah sedikit pagi ini di tengah-tengah tekanan inflasi yang mempengaruhi sentimen risiko global dan Malaysia pula berdepan satu lagi episod sekatan perjalanan yang dijangkakan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Pada Isnin, kerajaan memperluaskan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun bagi membendung jangkitan pandemik Covid-19.

Jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan 3,807 kes pada Isnin dengan merekodkan 17 kematian, menjadikan jumlah kematian setakat ini berjumlah 1,700 dan kadar kematian pada 0.39 peratus.

Innes berkata, kewujudan semula kes dalam komuniti telah menyebabkan pelaksanaan sekatan sosial yang lebih tegas sekali gus mempunyai impak negatif jangka pendek kepada pasaran tempatan sekurang-kurangnya sehingga keluk pandemik ini bertambah baik.

“Bagaimanapun, harga komoditi yang menokok tinggi dan pasaran eksport yang kukuh akan menawarkan sokongan kepada ringgit dan boleh mengehadkan penjualan yang disebabkan PKP,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu dibuka pada Selasa, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Berbanding pound Britain, ia jatuh kepada 5.8017/8106 daripada 5.7839/7922 pada Isnin, namun menokok berbanding yen kepada 3.7731/7789 daripada 3.7740/7797 pada Isnin.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.0960/1017 daripada 3.0979/1033 dan menokok berbanding euro kepada 4.9838/9927 daripada 4.9925/0998. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!