Israel nekad serang Hamas di Gaza

Serangan udara Israel menyebabkan lebih 65 orang awam di Gaza cedera.
Serangan udara Israel menyebabkan lebih 65 orang awam di Gaza cedera.
A
A
A

BALTULMAQDIS- "Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang nekad membalas serangan Hamas dari Gaza.

Netanyahu berkata, Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.

Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.

Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza malam tadi sehingga sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas.
Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza malam tadi sehingga sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas.

Sebagai balasan tindakan itu, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza malam tadi sehingga sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta lebih 65 lagi cedera.

Sementara itu, jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, pihaknya akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.

"Kami sudah membuat persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensiti tinggi," katanya yang sudah menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.- AFP

Artikel Berkaitan: