Sabotaj kerajaan: Menteri nafi ada keluar arahan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook nafi telah mengarahkan setiausaha akhbarnya, Lim Swee Kuan mendesak supaya tindakan diambil ke atas pegawai dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Katanya, kenyataan mempersoalkan tentang liputan secara langsung sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban itu bukan dibuat atas arahan beliau sebaliknya ditulis sendiri Swee Kuan.

"Saya menyerahkan isu ini kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menyiasat," katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabotaj kerajaan: RTM diarah sedia laporan

Ahad lalu, Swee Kuan membidas RTM kerana tidak menyiarkan ucapan Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun semasa lintas langsung majlis itu.

Beliau turut mendakwa tindakan perlu diambil kerana kemungkinan besar ia adalah sabotaj ke atas pentadbiran kerajaan hari ini.

Dalam sidang media semalam, Gobind meminta RTM menyediakan laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, program sedemikian sepatutnya disiarkan secara langsung termasuk ucapan beliau dan menteri besar.

Artikel Berkaitan:

Ditanya wartawan sama ada ini adalah campur tangan terhadap kebebasan media di negara ini, beliau berkata, ia bukan soal campur tangan tetapi sebahagian siaran langsung tidak disiarkan.

“Ini isu sebenarnya. Nombor satu, RTM stesen televisyen kerajaan, sepatutnya liputan itu acara langsung keseluruhan majlis tetapi ada bahagian yang dikeluarkan. Saya fikir ini isu utama,” katanya.