Lebih 20 laluan tikus dipantau

Anggota APMM sentiasa komited menjalankan tugas walau apa juga situasi. - Foto APMM
Anggota APMM sentiasa komited menjalankan tugas walau apa juga situasi. - Foto APMM
A
A
A

SHAH ALAM - “Jangan pernah bermimpi hendak pulang ke kampung beraya menggunakan jalan laut.”

Demikian amaran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) terhadap mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mungkin mencuba nasib pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan pintu yang tidak sah pada saat-saat akhir sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya telah memperkasakan pemantauan rondaan di lebih 20 lokasi hotspot atau laluan tikus di seluruh negara terutamanya pesisir pantai Selat Melaka, pantai timur serta melibatkan negeri-negeri yang bersempadan Indonesia dan Filipina.

Mohd Zubil
Mohd Zubil

Antara lokasi laluan tikus itu jelasnya, termasuklah perairan Tanjung Sepat dan Pulau Ketam di Selangor; perairan Kuala Sungai Baru (Melaka); perairan Tanjung Tuan (Negeri Sembilan); perairan Parit Jawa dan Tanjung Piai (Johor) serta sekitar perairan Semporna dan Tawau di Sabah.

“Berdasarkan statistik, terdapat penurunan kes ketara melibatkan imigran masuk atau keluar Malaysia melalui pintu yang tidak sah susulan pemantauan dan kawalan sempadan yang ketat dilaksanakan semua aset kerajaan termasuk agensi keselamatan dan penguat kuasa Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Namun, APMM sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan membanteras aktiviti jenayah di Zon Maritim Malaysia termasuk percubaan PATI membuat pelayaran pada waktu yang tidak dijangka semata-mata bagi mengaburi pengawasan pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mohd Zubil menegaskan, kehadiran tonto yang dipercayai direkrut dalam kalangan penduduk tempatan sebelum bertindak membocorkan maklumat risikan di perairan negara juga berada dalam radar APMM.

Beliau berkata lagi, golongan tonto terbabit dipercayai bertindak menyalurkan maklumat kepada sindiket penjenayah menyeludup keluar dan masuk PATI ke Malaysia di beberapa hotspot atau laluan tikus yang telah dikenal pasti pihaknya terutamanya ketika menjelang Aidilfitri.

"APMM agak sukar mendapatkan kerjasama penduduk setempat di beberapa kawasan perairan negara, malah ada dalam kalangan penduduk yang turut membantu penjenayah gara-gara ditawarkan habuan wang tunai oleh sindiket terbabit.

Kewujudan tonto baharu dalam kalangan penduduk tempatan yang membocorkan maklumat kepada sindiket sentiasa memberikan cabaran buat APMM dalam menjalankan operasi.
Kewujudan tonto baharu dalam kalangan penduduk tempatan yang membocorkan maklumat kepada sindiket sentiasa memberikan cabaran buat APMM dalam menjalankan operasi.

"Selain itu, pengawalan dan penjagaan pihak tonto di kawasan hotspot juga memberikan cabaran kepada anggota penguat kuasa kerana apabila rondaan dilakukan di kawasan berkenaan, namun aktiviti jenayah sering kali tiba-tiba tidak berlaku kerana penjenayah telah menukar laluan dan destinasi pendaratan ke kawasan lain.

"APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan bersubahat serta menjadi sebahagian ahli sindiket penyeludupan. Beberapa siri tangkapan juga telah dibuat termasuk kes penyeludupan imigran Myanmar ke Langkawi, Kedah pada tahun lepas," katanya.