X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir sejuta manusia mati setahun dibunuh haiwan

Gajah menyebabkan kematian kira-kira 500 manusia setahun.
A
A

[INFOGRAFIK] Berdasarkan laporan United Nation Office on Drugs and Crime Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Dadah dan Jenayah, lebih kurang 437,000 manusia mati setahun di tangan sesama manusia akibat pembunuhan, peperangan, jenayah dan kemalangan.

Bagaimanapun, jumlah tersebut masih rendah berbanding kematian manusia yang dibunuh oleh haiwan berpunca daripada serangan atau gigitan.

Laporan beberapa laman web seperti Discovery.com, BBC.News.com dan CNET mendedahkan, sebanyak 865,158 manusia mati akibat serangan atau gigitan haiwan di seluruh dunia pada 2016.

Michael R Conover dalam kajiannya bertajuk 'Numbers of Human Fatalities, Injuries and Illnesses in the United States Due to Wildlife' pada tahun 2019 menjelaskan, di Amerika Syarikat (AS) sahaja, lebih 700 orang mati akibat diserang atau digigit haiwan liar melibatkan ular, burung, roden dan rakun.

Kajian tersebut menjelaskan, setiap tahun kemalangan haiwan liar melibatkan kenderaan menyumbang kepada lebih 59,000 kecederaan kepada manusia dan 440 orang maut manakala kemalangan haiwan liar melibatkan pesawat mengakibatkan 16 orang cedera dan 10 orang maut.

Berdasarkan angka diberikan itu, jelas menunjukkan haiwan ialah antara punca utama kematian manusia di seluruh dunia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Namun, tidak semua haiwan disenaraikan itu membunuh manusia secara langsung sama ada dengan serangan ataupun gigitan.

Segelintirnya membunuh dengan menyebarkan virus yang dibawa dengan melepaskannya melalui gigitan ke atas manusia.

Salah satunya ialah nyamuk yang menyebarkan pelbagai wabak membunuh seperti denggi, malaria, chingkunguya, zika, demam nil barat dan demam kuning dewasa.

Turut membunuh dengan menyebarkan virus yang dibawa ialah reduviidae, lalat tsetse dan siput air tawar.

Kesemua haiwan ini adalah pembunuh senyap yang telah meragut nyawa ramai manusia di serata dunia tanpa memilih usia dan latar belakang.

Berdasarkan kes demi kes kematian manusia disebabkan oleh haiwan itu, manusia diletakkan di tempat kedua sebagai punca kematian manusia lain.

Sementara haiwan pula berada di tempat pertama sebagai punca utama kematian manusia di seluruh dunia pada setiap tahun.

Perbezaan jumlahnya amat ketara iaitu lebih separuh daripada jumlah kematian manusia di tangan sesama manusia.

Sehingga ke hari ini, nyamuk kekal sebagai pembunuh nombor satu manusia pada setiap tahun mengatasi haiwan lain yang lebih besar daripada saiznya.

Namun, sehingga ke hari ini masih ramai yang memandang remeh keupayaan nyamuk sebagai pembunuh nombor satu manusia.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!